Print this page

Soal-Jawab Agama

Page 1 of 2  > >>

May 18, 2010
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: azura rahamat

Salam..Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.

 

1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut?

2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut?

3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib?

4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat 'membayar' hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)?

May 18, 2010
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: azura rahamat

Selamat sejahtera,

Saya seorang saudara baru dan telah berkahwin sebelum saya memeluk Agama Islam. Soalan saya :

1. Apakah status perkahwinan saya selepas memeluk Islam? Sekiranya saya ingin terus menjaga isteri saya walaupun dia enggan memeluk Islam, adakah ia dibenarkan?

2. Saya bercadang untuk berkahwin dengan seorang gadis beragama Islam tetapi dalam masa yang sama saya masih ingin menjaga isteri saya yang telah saya kahwini sebelum saya memeluk Islam? Adakah ia dibenarkan oleh Islam dan adakah ini juga dianggap poligami dalam Islam? Apa yang perlu saya lakukan?

Saya juga ingin mengekalkan nama asal saya (bukan Islam) dalam myKad. Adakah ini dibenarkan?

Terima kasih.

May 18, 2010
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: azura rahamat
Bagimanakah keadaanya jika kita tidak pasti atau terlupa (was-was) samaada nazar yang kita buat sudah di tunaikan atau belum?
May 18, 2010
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: azura rahamat
Bolehkah kita menunaikan atau menghimpun puasa qada' ramadhan dengan puasa nazar sekaligus?
May 18, 2010
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: azura rahamat
Saya telah berniat untuk bernazar dengan membuat kenduri kesyukuran sekiranya saya telah sembuh dari penyakit yang saya hadapi. Namun setelah sihat dan masalah kewangan tidak dapat untuk saya menunaikan nazar tersebut. Apakah hukumnya?
May 18, 2010
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: azura rahamat
Assalamualaikum,

Saya mempunyai satu kemusykilan. Saya telah berniat nazar untuk menderma sejumlah wang kepada rumah anak-anak yatim sekiranya hajat saya tercapai. Adakah saya perlu pergi ke rumah anak yatim tersebut dan mengangkat niat bahawa saya menderma wang ini untuk menunaikan nazar?.Saya bercadang untuk membuat kiriman derma melalui pos sahaja tanpa perlu menerangkan tujuan derma itu. Adakah ia dibenarkan?

Sekian Terima Kasih
May 18, 2010
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: azura rahamat
Apa hukumnya sekiranya kita mendoakan balasan yang buruk kepada setiap orang yang menaburkan fitnah dan umpatan keji ke atas diri kita?
May 18, 2010
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: azura rahamat

Adakah bermain daun terup (tanpa bertaruh wang) dianggap berjudi dan berdosa? Saya dan rakan kerap bermain daun terup untuk mengisi masa lapang.

Saya ingin dapat penjelasan kerana boleh dikatakan semua peringkat umur bermain daun terup termasuklah mereka yang berumur belasan tahun. Jika ia dikira berdosa, bagaimana pula halnya dengan orang yang bermain permainan ‘solitaire' (daun terup) di komputer kerana ia juga tidak membabitkan wang sebaliknya menguji kecekapan seseorang?
May 18, 2010
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: azura rahamat

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya mengenai amalan pelaris yang diamalkan ramai peniaga restoran, kedai runcit dan sebagainya. Di samping mengadakan solat hajat dan amal ibadat lain untuk tujuan mendapat rahmat dalam mencari rezeki melalui perniagaan, ada yang meletakkan beberapa jenis benda fizikal seperti besi, duit syiling, beras, garam, gula dan sebagainya di premis perniagaan. Sebab sebenar alatan ini digunakan adalah samar bagi saya. Ada yang menggunakan alasan bahawa alatan tersebut adalah simbol semata-mata dan rahmat serta kejayaan perniagaan adalah kehendak mutlak Yang Maha Esa. Ada yang memberi contoh ; seperti ubat-ubatan doktor adalah simbol sahaja sedangkan sakit hanya dapat diubati jika kehendakNya mengizinkan untuk sembuh. Ada yang menggunakan contoh Nabi Musa yang membelah lautan dengan tongkatnya, iaitu bukan tongkat yang membelah laut tetapi dengan izin Allah SWT yang menyebabkan laut terbelah. Jadi kesimpulannya adalah, alatan besi, syiling dan lain-lain adalah simbol semata jadi tidak salah untuk diletakkan di premis perniagaan di samping itu memperbanyakkan ibdat memohon restu dari tuhan untuk kejayaan.

Soalan saya ialah, apakah pendapat dari segi hukum mengenai penggunaan alatan tersebut jika dalam hati tetap percaya bahawa semua adalah dengan izin Allah SWT?

 

May 18, 2010
Category: Soal Jawab Agama
Posted by: azura rahamat

Assalamualaikum

saya ingin menanyakan satu soalan yang berkaitan tentang kiblat umat Islam iaitu, benarkah umat Islam menyembah Kaabah? sila beri penjelasan yang lebih tepat dan lengkap bagi soalan tersebut.

Terima kasih.



Previous page: Sudut Ilmu
Next page: Soal-Jawab Perubatan