Sudut Ilmu
Salam..Berhubung dengan persoalan yang telah saya kemukakan sebelum ini, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hukuman atau denda yang dikenakan oleh Islam kepada orang yang melakukan hubungan intim (yang sah) semasa dalam puasa di bulan Ramadhan.
1) Apakah hukuman yang dikenakan kepada lelaki dan juga perempuan yang melakukan hubungan tersebut?
2) Macam mana hendak melakukan hukuman tersebut, contohnya yang melibatkan puasa 2 bulan.. macam mana niat untuk puasa tersebut?
3) Bolehkan wang digunakan sebagai ganti untuk secupak makanan asasi dan wang tersebut diberikan kepada pihak tertentu contohnya pihak masjid, majlis-majlis agama untuk mereka serahkan kepada fakir miskin atau senasib?
4) Adakah ada hukuman tambahan andai tidak sempat 'membayar' hukuman tersebut dalam tahun pertama membuat kesalahan, maksudnya telah sampai ramadhan yang kedua dan seterusnya (puasa yang ditinggalkan telah diganti cuma denda sahaja yang belum dilaksanakan)?
Selamat sejahtera,
Saya seorang saudara baru dan telah berkahwin sebelum saya memeluk Agama Islam. Soalan saya :
1. Apakah status perkahwinan saya selepas memeluk Islam? Sekiranya saya ingin terus menjaga isteri saya walaupun dia enggan memeluk Islam, adakah ia dibenarkan?
2. Saya bercadang untuk berkahwin dengan seorang gadis beragama Islam tetapi dalam masa yang sama saya masih ingin menjaga isteri saya yang telah saya kahwini sebelum saya memeluk Islam? Adakah ia dibenarkan oleh Islam dan adakah ini juga dianggap poligami dalam Islam? Apa yang perlu saya lakukan?
Saya juga ingin mengekalkan nama asal saya (bukan Islam) dalam myKad. Adakah ini dibenarkan?
Terima kasih.
Saya mempunyai satu kemusykilan. Saya telah berniat nazar untuk menderma sejumlah wang kepada rumah anak-anak yatim sekiranya hajat saya tercapai. Adakah saya perlu pergi ke rumah anak yatim tersebut dan mengangkat niat bahawa saya menderma wang ini untuk menunaikan nazar?.Saya bercadang untuk membuat kiriman derma melalui pos sahaja tanpa perlu menerangkan tujuan derma itu. Adakah ia dibenarkan?
Sekian Terima Kasih
Adakah bermain daun terup (tanpa bertaruh wang) dianggap berjudi dan berdosa? Saya dan rakan kerap bermain daun terup untuk mengisi masa lapang.
Saya ingin dapat penjelasan kerana boleh dikatakan semua peringkat umur bermain daun terup termasuklah mereka yang berumur belasan tahun. Jika ia dikira berdosa, bagaimana pula halnya dengan orang yang bermain permainan ‘solitaire' (daun terup) di komputer kerana ia juga tidak membabitkan wang sebaliknya menguji kecekapan seseorang?Assalamualaikum
Saya ingin bertanya mengenai amalan pelaris yang diamalkan ramai peniaga restoran, kedai runcit dan sebagainya. Di samping mengadakan solat hajat dan amal ibadat lain untuk tujuan mendapat rahmat dalam mencari rezeki melalui perniagaan, ada yang meletakkan beberapa jenis benda fizikal seperti besi, duit syiling, beras, garam, gula dan sebagainya di premis perniagaan. Sebab sebenar alatan ini digunakan adalah samar bagi saya. Ada yang menggunakan alasan bahawa alatan tersebut adalah simbol semata-mata dan rahmat serta kejayaan perniagaan adalah kehendak mutlak Yang Maha Esa. Ada yang memberi contoh ; seperti ubat-ubatan doktor adalah simbol sahaja sedangkan sakit hanya dapat diubati jika kehendakNya mengizinkan untuk sembuh. Ada yang menggunakan contoh Nabi Musa yang membelah lautan dengan tongkatnya, iaitu bukan tongkat yang membelah laut tetapi dengan izin Allah SWT yang menyebabkan laut terbelah. Jadi kesimpulannya adalah, alatan besi, syiling dan lain-lain adalah simbol semata jadi tidak salah untuk diletakkan di premis perniagaan di samping itu memperbanyakkan ibdat memohon restu dari tuhan untuk kejayaan.
Soalan saya ialah, apakah pendapat dari segi hukum mengenai penggunaan alatan tersebut jika dalam hati tetap percaya bahawa semua adalah dengan izin Allah SWT?
Assalamualaikum
saya ingin menanyakan satu soalan yang berkaitan tentang kiblat umat Islam iaitu, benarkah umat Islam menyembah Kaabah? sila beri penjelasan yang lebih tepat dan lengkap bagi soalan tersebut.
Terima kasih.
Assalamualaikum.
Saya ada seorang rakan dari Eropah yang ingin meluaskan perniagaannya di Malaysia dan meminta saya untuk menyertainya. Masalah saya adalah perniagaannya berdasarkan import export barangan :-
1. Perikanan (ikan Salmon, cod dan sebagainya), dan barangan alkohol ( wine dan vodka dari Europe ).
Saya telah menyemak buku ' Syariah the Islamic Law' tulisan Abdur Rahman I. Doi mengenai perkara ini yang menyebut umat Islam tidak boleh terlibat di dalam perniagaan berdasarkan alkohol dan babi. Soalan saya adalah :
a) Bolehkah saya menyertai perniagaan ini sekiranya syarikat yang di bentuk adalah sebagai pengedar - 'middle man' adakah ini sama seperti situasi syarikat logistics/ transportation yang mana tugas mereka sebagai perantaraan?
b) Apakah hukumnya sekiranya saya tidak terlibat dengan syarikat rakan saya secara langsung, saya menubuhkan satu syarikat baru yang membekalkan khidmat nasihat (consulting service outsourcing) dan menerima bayaran daripada khidmat saya itu tanpa apa-apa kepentingan share di dalam syarikat rakan saya itu?
Di harap Tuan dapat membantu saya. Terima kasih.
Ustaz, saya telah memulakan perniagaan kira-kira enam bulan yang lalu dengan membuka sebuah warung makanan. Pada mulanya perniagaan berjalan lancar tetapi setelah dua bulan, perniagaan mula merosot. Adakalanya saya hanya mendapat sebanyak RM20 sehari. Lauk-pauk yang banyak terpaksa dibuang begitu sahaja.
Saya ada memanggil dukun untuk menengokkan perniagaan saya. Kata dukun tersebut, ada orang yang telah menyihir saya. Kemudian baru saya teringat saya pernah terjumpa sebuah bungkusan yang mengandungi tanah dan beberapa barangan lain ditinggalkan di kedai saya dan saya terus membuangnya ke dalam tong sampah.
Saya ingin meminta nasihat daripada ustaz, apakah amalan-amalan yang patut saya buat bagi menghindari perbuatan sihir seperti ini.
Saya ada menonton siaran televisyen mengenai rumah berhantu. Selain adanya kehadiran lembaga yang hodoh, dikatakan orang ramai sering mendengar suara-suara seperti orang menangis. Dikatakan bahawa penghuni rumah tersebut meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Salam ustaz
Apakah hukum menonton filem 2012? Adakah ia termasuk berjumpa dengan tukang ramal/nujum?
jawapan:
Berikut beberapa penjelasan mengenai cara membersihkan najis sebagai kelanjutan dari pembahasan macam-macam najis dalam tulisan sebelumnya. Semoga bermanfaat.
1 – Menyucikan kulit bangkai[1] dengan disamak
Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ فَقَدْ طَهُرَ
“Kulit bangkai apa saja yang telah disamak, maka ia telah suci.”Asssalamualaikum..
Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..
Pesakit kencing manis keturunan, tidak bertenaga, mata tidak berapa awas dan tidak dapat melakukan apa-apa kerja. Setelah mengambil jus herba selama 3 hari, dia merasakan satu perubahan yang ketara. Kini tenaga saya semakin pulih & mata semakin terang
Menghidapi lelah/asma yang teruk dan terpaksa mendapat rawatan di klinik sejak berumur 4 tahun. Kini saya sihat selepas 4 hari meminum jus herba dan dapat bersukan seperti pelajar lain.
Laman web ini sedang di naik taraf dan akan siap sepenuhnya pada 1 april 2010
Previous page: Buku Pelawat
Next page: Soal-Jawab Agama
