Print this page

Tafsir Mimpi Mengikut Islam 1

BERMIMPI BERKHITAN, BERSUGI, DAN MANDI

Berkhitan

Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia quluf ( belum khitan ), maka quluf itu menandakan banyak harta dan meringankan agama. Maksudnya orang yang bermimpi itu meringan-ringankan agama kerana kesenangan dunia. Sesiapa yang bermimpi berkhitan dan melihat darah yang banyak keluar, maka akan mengalir dan keluar dosa-dosanya dan dia akan menjalankan  sunah Rasulullah s.a.w.

Bersugi.

Orang yang bermimpi bersugi bererti dia berbuat baik terhadap kerabatnya dan menghubungkan silaturrahim dengan mereka. Jika dia melihat bersugi dengan benda najis, bererti dia menyumbangkan harta yang haram untuk kebaikan. Sedangkan orang yang bermimpi berwudhuk untuk solat bererti selamat daripada seksa Allah s.w.t.

Mandi.

Sesiapa yang bermimpi melihat dia junub,maka dia musafir dan mencari keperluan yang belum diperolehinya. Sedangkan orang yang bermimpi mandi akan dapat memenuhi hajatnya, kerana mandi itu membersihkan dosa dan menghilangkan kesusahan.

Sesiapa yang bermimpi mandi dan memakai pakaian baru, maka kalau dia jauh dari negerinya akan kembali, kalau dia miskin akan menjadi kaya ,kalau dia sedang dipenjara akan dibebaskan , orang yang sedang sakit akan sembuh, orang muflis akan tegak semula, orang yang belum haji akan haji, orang yang susah akan mendapat kelapangan dan orang yang berhutang akan membayar hutangnya. Ini kerana Nabi Ayyub sendiri ketika itu beliau mandi dan memakai pakaiannya, menghilangkan dukacitanya dan menyihatkan badannya.

Orang yang  bermimpi mandi dan memakai pakaian buruk akan menjadi miskin. Orang yang bermimpi mandi tetapi tidak sempurna mandinya tidak sempurna urusannya dan tidak sampai cita-citanya. Orang yang bermimpi berwuduk kemudian dia mengerjakan solatnya akan hilang dukacitanya.

Orang yang bermimpi berwuduk dengan benda yang todak boleh dipakai untuk berwuduk, maka dia dalam kesusahan menunggu kelapangan dan tidak akan mendapatkannya.Peniaga yang mengerjakan solat tanpa wuduk, bererti dia berniaga tanpa modalnya. Raja yang mengerjakan mengerjakan solat, bererti dia ragu-ragu dalam urusannya.

Menurut satu pendapat, wuduk yang dilihat dalam mimpi ialah amanah yang ditunaikannya, hutang yang dibayarnya atau kesaksian yang dibrikannya.

Menurut  riwayat, Rasulullah s.a.w ada bersabda : “ Aku melihat seseorang daripada umatku akan diseksa dalam kuburnya, tiba-tiba datang ibadat wuduknya dan dia pun lepas kerananya.”

BERMIMPI AZAN DAN IQAMAT

Dari Abdullah bin Zaid al-Ansoriy, dari ayahnya, berkata : “ Saya mendatangi Rasulullah s.a.w dan saya menceritakan masalah azan yang saya lihat dalam mimpi saya. Rasulullah s.a.w bersabda : “ Ini adalah mimpi yang benar. Jumpailah Bilal dan ajarkan kepadanya supaya dia azankan kerana suaranya lebih kuat daripada suaramu.” Lalu saya laksanakan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah itu. Tiba-tiba datang Umar Bin Khattab. Ketika beliau mendengar azan Bilal itu, beliau berkata : “ Ya Rasulullah, saya telah melihat seperti yang dilihat oleh Abdullah bin Zaid itu.” Rasulullah s.a.w menjawab : “ Alhamdulillah, ini bererti lebih menguatkannya lagi.”

Dari Abdullah bin Zaid juga berkata : “ Rasulullah s.a.w ingin memanggil orang yang mengerjakan solat dengan terompet atau loceng, tetapi masih beliau tangguhkan. Tiba-tiba Abdullah bin Zaid al-Ansariy bermimpi,seperti katanya : “ Saya melihat seorang lelaki yang memakai dua lapis pakaian hijau dan membawa terompet. Kemudian saya tanya : “ Wahai hanba Allah, apakah engkau jual terompet ini?” Lelaki itu bertanya lagi : “ Untuk apa?” Saya jawab “ Untuk memanggil solat .” Lelaki itu berkata : “ Mahukah aku tunjukkan cara yang lebih baik daripada menyembunyikan terompet?” Aku jawab : “ Tentu.” Lelaki itu berkata : “ Bacalah Allahu Akbar.” Dan membaca semua lafaz azan kepadaku bahkan mengajarkan kalimat Iqamat, kemudian dia pergi. Setelah bangun dari tidur, saya pergi menjmpai Rasulullah s.a.w dan saya menceritakan mimpi itu kepada beliau.

“ Mendengar cerita saya itu, beliau berkata : “ Sesungguhnya saudara kamu telah bermimpi. Pergilah bersama Bilal ke masjid, ceritakan ( ajarkan ) mimpi itu kepadanya supaya dia azan kan kerana suaranya lebih tinggi dan kuat daripada saudaramu.”

Saya pun pergi bersamanya. Saya ajarkan mimpi saya kepadanya kemudian dia pun membacakannya. Umar bin Khattab mendengar azan itu. Beliau hairan dan beliau pergi menjumpai Rasulullah s.a.w sambil berkata  : “ Ya Rasulullah, saya telah melihat seperti yang dia bacakan ini dalam tidurku.”

Tafsir melihat azan.

Al-Ustaz Abu Sa’id r.a berkata : Sesiapa yang bermimpi azan satu kali atau dua kali, kemudian dia iqamat dan mengerjakan solat fadhu ( dalam mimpinya ), maka dia akan dapat mengerjakan haji dan umrah, sesuai dengan firman Allah di dalam surah Al-Haj:27 yang bermaksud "Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji"

Kalau ada orang yang melihat azan diatas menara, maka dia penyeru kepada yang hak dan diharap akan dapat mengerjakan haji .Orang yang bermimpi azan diperigi bererti dia mengajak manusia untuk pergi mengembara jauh. Kalau dia melihat seolah-olah dia tukang azan, maka dia akan dapat memimpin sekadar yang dapat dijangkau oleh suaranya. Itu pun kalau dia orang yang layak menjadi pemimpin.

Orang yang melihat azan diatas bukit juga akan menjadi pemimpin. Kalau dia tidak mempunyai bakat sebagai pemimpin maka perniagaannya akan beruntung atau mempunyai . perusahaan yang besar.

Orang yang bermimpi menambah-nambah atau mengurangi kalimat azan, bererti dia telah menganiaya orang sesuai dengan kadar banyaknya yang ditambah atau dikurangkan.

Orang yang bermimpi azan ditengah jalan , kalau dia orang baik, bererti dia penyeru kepada kebaikan dan pencegah daripada yang mungkar.Kalau dia orang yang jahat bererti akan dipukul orang. Orang yang bermimpi azan diatas rumah akan mati keluarganya. Orang yang azan di Ka’bah akan menyebarkan prkara bid’ah. Bermimpi azan diatas atap rumah tetangganya bererti dia mengkhianati tetanggannya. Sedangkan orang azan dihadapan satu kaum tetapi mereka tidak menjawab azan itu bererti dia sedang berhadapan dengan kaum yang zalim, sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-A'raf :44 yang bermaksud :“ Kemudian menyerulah orang yang menyeru diantara mereka bahawa"“ Kutukan Allah ditimpakan ke atas orang-orang yang zalim.”

Orang yang bermimpi azan dan mengerjakan solat bererti dia menegakkan sunah dan mematikan bid’ah. Sesiapa yang bermimpi azan dan mengerjakan solat bererti dia menegakkan sunah dan mematikan bid’ah. Sesiapa yang bermimpi melihat kanak-kanak azan, bererti dia membersihkan orang tuanya daripada dikatakan pendusta, sesuai dengan kisah Nabi Isa a.s. Dan azan dibilik mandi tidak baik akibatnya terhadap agama dan keduniaannya. Sesiapa yang azan di pintu rumah sultan bererti dia berani mengatakan yang hak.

Sesiapa yang bermimpi iqamat untuk solat bererti dia membuat urusan yang membuatnya menjadi terpuji. Sesiapa yang melihat iqamat dipintu rumahnya diatas katil, maka dia akan mati. Sesiapa yang bermimpi azan secara main-main akan hilang akalnya. Firman Allah didalam surah al-Ma’idah ayat 58 yang bermaksud “ Dan jika kamu menyeru mereka untuk mengerjakan solat, mereka menjadikan buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mahu menggunakan akal.”

Menurut hikayat, Danial al-Saghir ada berkata : “ Sesiapa yang melihat seolah-olah dia azan, iqamat dan solat, bererti sudah sempurna amalnya dan dia sudah dekat dipanggil oleh Yang Maha Kuasa. Sesiapa yang mendengar azan dipasar , itu menunjukkan matinya seorang lelaki di pasar itu. Sesiapa yang mendengar azan dan tidak suka mendengarnya, bererti dia diajak kepada sesuatu tempat yang tidak disukainya.

Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata : “ Saya bermimpi saya azan.” Ibnu Sirin berkata : “ Bererti engkau akan mengerjakan haji.” Datang lagi orang lain dan berkata : “ Saya bermimpi saya azan.” Ibnu Sirin berkata : “ Bererti engkau akan mengerjakan haji.” Datang lagi orang lain dan berkata : “ Saya bermimpi saya azan .” Ibnu Sirin berkata : “ Bererti tanganmu akan dipotong.” Lalu ada orang yang bertanya : “ Mengapa lain-lain takwilnya?” Ibnu Sirin berkata : “ Saya lihat orang pertama itu orangnya baik, maka saya takwilkan berdasarkan firman Allah dalam surah al-Haj ayat 27 : “ Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji.” Sedangkan yang kedua itu saya lihat orang jahat, maka saya takwilkan berdasarkan firman Allah dalam surah Yusuf ayat 70 : “Kemudian berserulah oleh orang yang menyeru : “Wahai kafilah, sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang mencuri.”

:


Previous page: Tafsir Mimpi
Next page: Tafsir Mimpi Menurut Islam 2